Penanaman buah tin perlu ikut peraturan | Tanaman Pokok Buah Tin

Tanaman Pokok buah tin malaysia

Tanaman Pokok buah tin malaysia
 

M.NRZ M.NRZ Author
Title: Penanaman buah tin perlu ikut peraturan
Author: M.NRZ
Rating 5 of 5 Des:
POKOK tin atau nama saintifik Ficus carica merupakan seje­nis buah daripada keluarga Moraceae. Ia merupakan tumbuhan yang didapati na...

POKOK tin atau nama saintifik Ficus carica merupakan seje­nis buah daripada keluarga Moraceae.
Ia merupakan tumbuhan yang didapati natif dari kawasan Asia Barat. Terdapat pelbagai jenis pokok tin yang ditanam. Kebanyakan pokok tin ditanam di kawasan Mediterranean seperti Tur­ki, Iran, Mesir dan beberapa negara lain seperti Sepanyol, Portugal serta Greece. Negara pengeluar utama buah tin di dunia ialah Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Iran.
Pokok tin di Malaysia dibawa masuk secara haram, tidak mengikut peratu­ran, tanpa saringan perosak dan pe­nyakit tanaman. Akibatnya Jabatan Per­tanian telah mengesan kulat Cerotelium fici pada pokok tin yang amat berbahaya kepada tanaman lain.

Permit import

Rekod Jabatan Pertanian menunjuk­kan tiada permit import dikeluarkan un­tuk pengimportan benih pokok tin. Adalah menjadi satu kesalahan, mengimport sebarang bahan tanaman ke negara ini tanpa mendapat permit import.
Peraturan 5 Akta Kuarantin 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 menyatakan, pengimportan mana-mana bahan tanaman adalah tertakluk kepada keperluan permit import daripada Jabatan Pertanian.
Di bawah Seksyen 19A Akta Kua­rantin Tumbuhan 1976, apabila disabitkan dengan kesalahan tersebut, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua­nya sekali.

Keperluan syarat-syarat pengimportan ini dikenakan bagi memastikan pokok tin bebas daripada perosak, pe­nyakit, tanah, rumpai, bendasing dan mendapat sijil fitosanitasi dari negara pengeksport.
Antara perosak asing yang berkemungkinan dibawa masuk bersama keratan dan benih pokok tin termasuk nematod pratylenchus musicola, lalat buah Mediterranean, kanker bakteria phytomonas fici dan penyakit yang di­sebabkan kulat ceratocystis fimbriata. 

Pengimportan benih-benih tanaman termasuk benih pokok tin perlu melalui proses sanitasi dan fitosanitasi atau proses kuarantin bagi memastikan perosak-perosak berbahaya dirawat terlebih dahulu di negara asal dan tidak memasuki negara. 

Proses mitigasi perosak berbahaya di negara asal akan dimaklumkan melalui permohonan permit import yang perlu dipohon oleh pengimport atau pengusaha tanaman bagi setiap konsainan.
Pengusaha tanaman pokok tin perlu memohon dan mendapatkan permit import sebelum mengimport bahan tanaman sama ada biji benih atau anak pokok.

Pemeriksaan akan dilakukan di pintu masuk bagi memastikan dokumen dan syarat import dipatuhi ke atas konsainan tersebut. Jika didapati dokumen dan syarat import tidak dipatuhi, konsainan ini boleh dimusnahkan, di­rawat atau tidak dibenarkan masuk. 

Jabatan Pertanian adalah Organisa­si Perlindungan Tumbuhan Kebangsa­an atau lebih dikenali sebagai National Plant Protection Organisation (NPPO) dan bertanggungjawab untuk mengawasi semua perosak tumbuhan sama ada dalam industri pertanian, perlada­ngan dan perhutanan. Sebarang peng­importan bahan tanaman pertanian, perladangan dan perhutanan memerlukan permit import dari Jabatan Pertanian.


Sumber : kosmo

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top