PANDUAN PENJAGAAN DAN MENANAM POKOK TIN
PERINGKAT PERTAMA
Peringkat benih baru
secara tut atau
air layering.Rujuk gambar di bawah.
Penyediaan Tanah
1.
Tanah
Top Soil (Tanah merah) 70%
1.
Tanah
peatmos 15%(Tanah Hitam)
1.
Sekam
padi 15% (Jika tiada sekam padi boleh guna pasir sungai). Jika ada kedua-dua
pun boleh campur)
P/s : Medium tanah amat
penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau
lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Jika air bertakung dan
lock boleh menyebabkan akar busuk dan rosak boleh menyebabkan anak pokok tin
mudah mati. Sukar pokok tin mati jika kekurangan air.Pokok tin mudah mati jika
banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru. Jika pokok layu
di sebabkan kekurangan air bila di siram pokok dapat di pulihkan dengan segera.
Jika pokok layu di sebabkan banyak air sukar untuk di pulihkan.
Penyediaan Pasu atau Polybeg.
Pilihan yang baik ialah pasu berbanding
polybag kerana saluran air di bawah pasu lancar.Jika anda menggunakan polybag sila
pastikan anda potong bahagian kiri dan kanan pada bawah polybag supaya air
dapat keluar dengan lancar. Rujuk gambar di bawah.
Penyediaan anak benih sebelum pindah ke pasu/polybeg.
·
Pastikan
anda buang plastik dengan berhati-hati supaya akar tidak rosak dan tanah tidak
terburai.
·
Sila
rendam anak benih di dalam air campuran B1/Pengalak akar/Pencegahan anti-Kulat (Anda
boleh beli di mana-mana kedai pertanian) anggaran di dalam 30 minit untuk
mengelakkan batang pokok daripada kulat dan mengalakkan akar keluar dengan
cepat.
·
Sila
sapu lilin atau cat untuk pokok pada benih jika ada yang di potong pada
bahagian atas untuk mengelakkan batang masuk angin atau cepat mereput.
P PERINGKAT KEDUA
Proses pemindahan anak benih ke pasu/polybag
Sila pastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polybag tanah pada benih tidak terburai dan akar tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sila siram air campuran pengalak akar/B1 ke dalam pasu atau polybag sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah baik(porous). Jika air lambat keluar ini kemungkinan medium tanah terlampau ketat atau tidak porous boleh menyebabkan anak benih mudah mati.
Selepas itu sila letak di kawasan
yang redup, cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air
hujan yang berterusan. Pada peringkat ini anak benih masih manja dan lemah.
P/S: Pada peringkat ini
sila pastikan anda siram bila diperlukan sahaja.(Di cadangkan seminggu sekali
bergantung juga pada cuaca)
Peringkat Proses Penyesuaian (HARDENING)
Selepas beberapa minggu peringkat
penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat. Semasa
peringkat ini keadaan pokok telah mengeluarkan tunas dan daun.
Peringkat Pembajaan
Sila gunakan baca cecair seeloknya
untuk mengelakan akar pokok rosak dan mati serta daun boleh terbakar kerana
kepanasan jika menggunakan baja biji. Jika anda menggunakan baja biji sila gunakan
pada sukatan yang sedikit sahaja. Pembajaan di cadangkan di buat pada setiang
seminggu sekali. Kekerapan pembajaan
amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok.
Penyiraman
Kekerapan
siraman pokok bergantung kepada cuaca yang panas terik atau musim hujan
Salam...saya nak tnya.bagaimana cara pokok yang sudah di tut dan akarnya sudah penuh, ingin dialihkan ke polybag.saya pernah alihkan ke polybag, tetapi, 3, 4 hari kemudian daunya semua luruh.Dalam sebulan lebih, daunnya bertunas semula.adakah ini perkara biasa? Terima kasih..
ReplyDeleteSaya cuba tolg jawab..masa Puan pindahkan tut ke polybag, mungkin puan x perasan ad antara akar utama yg putus..sbb jadi mcm sy cuma daun x luruh byk..sempat recover..atau pun..induk asal tgh musim 'tidur'..sekian..maaf kalo ad tersalah atau tersilap..harap dibetulkan..
Deletekalau daun pokok gugur risiko macam mna?pokok bole hidup atau terus mati....
DeleteMintak pandangan. Saya baru beli sepohon pokok tin dan 2 mlm hujan lebat jadi pokok tu daun nmpk tompok2 hitam. Rasanya terlebih siraman sbb hujan. Mcmna nak mengubati mslh ini. Adakah cara saya betul dgn mengeluarkan dari pasu dan tanam pada tanah yg kering. Atau perlu saya cabut tanah bersama akar dan jemur dan tanam semula
ReplyDeleteMinta pandangan. saya ada beberapa pokok tin yang sedang berbuah. Tapi ada buah tin gugur dan kalau ada yang masak pun tak manis. Mengapa ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum, baru-baru ini saya ada membeli Anak Pokok tin. Dalam masa 3hari ditempatkan tempat redup, daun Pokok menjadi coklat & gugur. Bagaimanakah cara untuk memulihkan kembali. Anak Pokok tersebut masih di dalam polibeg asalnya.
ReplyDeleteAsalammualaikum pokok tin sy dah berbuah blh tak masuk baja dan bagai mana cara pembajaa pokok tin
ReplyDeleteBooleh tak benih pokok buah tin di tanam dalam tanah (Bukan dalam pasu/polybag etc)
ReplyDeleteSesuatu jenis pokok,tak perlu "ikut buku" sepenuhnya.Kerana akan mengakibat kos jg lebihan kerja.Blh saja gunakan kaedah tradisional,walaupun diusahakan secara komersial.Dptkan pandangan dari petani veteran.Mereka sbnrnya lbh pakar dari prngarang buku pertanian.
ReplyDeleteAssalamualaikum.kalau pemindahan pokok tin dari polybeg ke pasu akar nya putus..Pokok tin tersebut masih boleh digunakan atau terus mati dan tidak boleh dipulihkan akar nya?
ReplyDeleteIam sourcing to buy bibit pokok tin
ReplyDeleteContact me at + 6590276931 ( WaPP)
Salam..pokok tin yang saya tut sudah ada akar. Pada masa yang sama, dahan tut tersebut mempunyai cabang dahan yang mempunyai buah. Perlu ke buang cabang dahan tu? Sekiranya saya tak buang, adakah buah tin tersebut akan luruh?
ReplyDeleteassalam...mengapa buah tin saya berbintik2 di kulit luar...sebelum ni tidak pernah berlaku
ReplyDeleteBintik2 tu karat daun namanya
ReplyDeleteSalam. Pokok tin saya memang berbuah agak kerap tp kerap dimakan semut.mbagaimana nk atasi semut.sekali aje dpt mkn yg lain semut
ReplyDeleteAssalamualaikum..nak tanye kenapa pokok Saya tanam daunnye kering..adalah kerana direct panas matahari.. Dan pokok dah setinggi 3kaki Masih belum berbuah..
ReplyDelete