Pokok Tin

Tanaman Pokok buah tin malaysia

Tanaman Pokok buah tin malaysia
 

M.NRZ M.NRZ Author
Title: Pokok Tin
Author: M.NRZ
Rating 5 of 5 Des:
Pokok Tin Pokok Tin telah di rakamkan satu surah dalam al-Qur'an, lihat Surah At-Tin (Sila rujuk gambar di atas). Tin atau A...

Pokok Tin




Pokok Tin telah di rakamkan satu surah dalam al-Qur'an, lihat Surah At-Tin (Sila rujuk gambar di atas). Tin atau Ara (Ficus carica.) adalah sejenis tumbuhan menghasilkan buah yang dapat dimakan yang berasal dari Asia Barat. Buahnya bernama sama. Nama "Tin" diambil dari bahasa Arab, juga dikenal dengan nama "Ara" (buah ara / pohon ara) sedangkan dalam bahasa Inggris disebut fig (common fig; "pohon ara umum"), sebenarnya masih termasuk pohon beringin dari jenis yang sama, iaitu Ficus.



pokok tin


Di antara tumbuhan yg terdapat dalam Al-Quran ialah madu, buah tin dan zaitun, kurma serta ‘habbah as-sauda’. Nama buah tin juga tercantum di dalam al-Quran di samping buah zaitun. Rasa buah tin manis, berwarna kehijauan (buah tin muda) dan apabila matang warna kulit berubah menjadi ungu kehitaman, ada yang berwarna merah, hijau, hitam, kuning, biru mengikut jenis atau variasi. Buah tin yg muda sering dijadikan halwa atau di keringkan untuk menjadi manisan

Segala apa yang telah diciptakan dan dikurniakan oleh Allah mempunyai keistimewaan dan kelebihannya tersendiri yang kadangkala kita sebagai manusia tidak nampak akan hikmahnya. Ramai di antara kita tidak mengetahui akan keistimewaan yang terdapat pada buah pokok tin atau nama latinnya Ficus Carica dan kepentingannya untuk kesihatan. Mungkin kerana buah pokok tin bukan berasal dari negara kita tetapi ia banyak didapati di sekitar negara Timur Tengah dan laut meditranean.


pokok tin
Walaupun buah pokok tin berasal dari Syam, Palestin dan Mesir tetapi ia juga diperkenalkan di Itali lebih kurang 2000 tahun yang lampau dimana ia berkembang dengan cepat melalui Selatan Eropah termasuklah negara Yunani. Malah, di dalam Al Quran juga terdapat surah khusus yang menyatakan tentang buah pokok tin iaitu Surah At Tiin di mana Allah telah bersumpah dengan buah pokok tin dan zaitun, juga dengan Gunung Tursina dan negeri Makkah yang aman (Surah At Tiin ayat 1- 3). Jika direnung- renungkan, mesti ada hikmah di sebalik mengapa Allah telah berfirman dalam Al Quran. Ini mungkin kerana khasiat dan keistimewaan yang tiada tolok bandingnya berbanding dengan buah- buahan yang lain. 


Post a Comment

 
Top