buat baja sendiri untuk pokok tin | Tanaman Pokok Buah Tin

Tanaman Pokok buah tin malaysia

Tanaman Pokok buah tin malaysia
 

Mohd Norizi Mohd Norizi Author
Title: buat baja sendiri untuk pokok tin
Author: Mohd Norizi
Rating 5 of 5 Des:
Baja KalFos (Kalsium + Fosforus) Larutan baja KalFos baik untuk sistem akar tumbuhan, menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Juga mem...

Baja KalFos (Kalsium + Fosforus)

Larutan baja KalFos baik untuk sistem akar tumbuhan, menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Juga memperbaiki buah yang mudah merekah sebelum matang.

Bahan-bahan:
1. Kulit telur ayam
2. Kuali
3. Botol
4. Cawan atau mangkuk

Kaedah:
1. Pecahkan cengkerang telur kepada saiz kecil
2. Goreng cengkerang telur itu sehingga warna hitam
3. Guna cawan atau mangkuk untuk mencampur hasil gorengan bersama cuka dengan nisbah 1:5 (cengkerang telur:cuka). Masukkan ke dalam bekas atau botol.
4. Buih-buih akan timbul. Biarkan sehingga buih itu hilang.
5. Tutup bekas dan simpan antara 20 hingga 30 hari.
6. Setelah itu tapis cecair KalFos.

Penggunaan:
1. 1 sudu makan cecair KalFos + 4 L air
2. Sembur pada daun pokok

Nota:
Pokok memerlukan kalsium bagi membina dinding sel yang kuat. Dinding sel yang kuat membolehkan pokok tumbuh subur. Buah yang dihasilkan pun lebih rangup. Hal ini juga membuatkan pokok lebih rintang serangan serangga perosak seperti belalang dan afid.

Kredit Puan Salina Shamsudin di Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top