PANDUAN PENJAGAAN DAN MENANAM POKOK TIN | Tanaman Pokok Buah Tin

Tanaman Pokok buah tin malaysia

Tanaman Pokok buah tin malaysia
 

Mohd Norizi Mohd Norizi Author
Title: PANDUAN PENJAGAAN DAN MENANAM POKOK TIN
Author: Mohd Norizi
Rating 5 of 5 Des:
PANDUAN PENJAGAAN DAN MENANAM POKOK TIN PERINGKAT PERTAMA Peringkat benih baru secara tut atau air layering .Rujuk gambar di bawah...



PANDUAN PENJAGAAN DAN MENANAM POKOK TIN

PERINGKAT PERTAMA

Peringkat benih baru secara tut atau air layering.Rujuk gambar di bawah.

anak pokok tin



Penyediaan Tanah

1.      Tanah Top Soil (Tanah merah) 70%

pokok tin medium tanah top soil tanah merah


1.      Tanah peatmos 15%(Tanah Hitam)


1.      Sekam padi 15% (Jika tiada sekam padi boleh guna pasir sungai). Jika ada kedua-dua pun boleh campur)

 pokok tin sekam padi




P/s : Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Jika air bertakung dan lock boleh menyebabkan akar busuk dan rosak boleh menyebabkan anak pokok tin mudah mati. Sukar pokok tin mati jika kekurangan air.Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru. Jika pokok layu di sebabkan kekurangan air bila di siram pokok dapat di pulihkan dengan segera. Jika pokok layu di sebabkan banyak air sukar untuk di pulihkan.




Penyediaan Pasu atau Polybeg.

Pilihan yang baik ialah pasu berbanding polybag kerana saluran air di bawah pasu lancar.Jika anda menggunakan polybag sila pastikan anda potong bahagian kiri dan kanan pada bawah polybag supaya air dapat keluar dengan lancar. Rujuk gambar di bawah.

pokok tin polybeg pasu



Penyediaan anak benih sebelum pindah ke pasu/polybeg.
·         Pastikan anda buang plastik dengan berhati-hati supaya akar tidak rosak dan tanah tidak terburai.

·         Sila rendam anak benih di dalam air campuran B1/Pengalak akar/Pencegahan anti-Kulat (Anda boleh beli di mana-mana kedai pertanian) anggaran di dalam 30 minit untuk mengelakkan batang pokok daripada kulat dan mengalakkan akar keluar dengan cepat.

·         Sila sapu lilin atau cat untuk pokok pada benih jika ada yang di potong pada bahagian atas untuk mengelakkan batang masuk angin atau cepat mereput.





 



P   PERINGKAT KEDUA

Proses pemindahan anak benih ke pasu/polybag

Sila pastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polybag tanah pada benih tidak terburai dan akar tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sila siram air campuran pengalak akar/B1 ke dalam pasu atau polybag sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah baik(porous). Jika air lambat keluar ini kemungkinan medium tanah terlampau ketat atau tidak porous boleh menyebabkan anak benih mudah mati.

Selepas itu sila letak di kawasan yang redup, cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air hujan yang berterusan. Pada peringkat ini anak benih masih manja dan lemah.
P/S: Pada peringkat ini sila pastikan anda siram bila diperlukan sahaja.(Di cadangkan seminggu sekali bergantung juga pada cuaca)


 


Peringkat Proses Penyesuaian  (HARDENING)

Selepas beberapa minggu peringkat penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat. Semasa peringkat ini keadaan pokok telah mengeluarkan tunas dan daun.



Peringkat Pembajaan 

Sila gunakan baca cecair seeloknya untuk mengelakan akar pokok rosak dan mati serta daun boleh terbakar kerana kepanasan jika menggunakan baja biji. Jika anda menggunakan baja biji sila gunakan pada sukatan yang sedikit sahaja. Pembajaan di cadangkan di buat pada setiang seminggu sekali.  Kekerapan pembajaan amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok. 

Penyiraman
Kekerapan siraman pokok bergantung kepada cuaca yang panas terik atau musim hujan

About Author

Advertisement

Post a Comment

  1. Salam...saya nak tnya.bagaimana cara pokok yang sudah di tut dan akarnya sudah penuh, ingin dialihkan ke polybag.saya pernah alihkan ke polybag, tetapi, 3, 4 hari kemudian daunya semua luruh.Dalam sebulan lebih, daunnya bertunas semula.adakah ini perkara biasa? Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cuba tolg jawab..masa Puan pindahkan tut ke polybag, mungkin puan x perasan ad antara akar utama yg putus..sbb jadi mcm sy cuma daun x luruh byk..sempat recover..atau pun..induk asal tgh musim 'tidur'..sekian..maaf kalo ad tersalah atau tersilap..harap dibetulkan..

      Delete
    2. kalau daun pokok gugur risiko macam mna?pokok bole hidup atau terus mati....

      Delete
  2. Mintak pandangan. Saya baru beli sepohon pokok tin dan 2 mlm hujan lebat jadi pokok tu daun nmpk tompok2 hitam. Rasanya terlebih siraman sbb hujan. Mcmna nak mengubati mslh ini. Adakah cara saya betul dgn mengeluarkan dari pasu dan tanam pada tanah yg kering. Atau perlu saya cabut tanah bersama akar dan jemur dan tanam semula

    ReplyDelete
  3. Minta pandangan. saya ada beberapa pokok tin yang sedang berbuah. Tapi ada buah tin gugur dan kalau ada yang masak pun tak manis. Mengapa ye?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, baru-baru ini saya ada membeli Anak Pokok tin. Dalam masa 3hari ditempatkan tempat redup, daun Pokok menjadi coklat & gugur. Bagaimanakah cara untuk memulihkan kembali. Anak Pokok tersebut masih di dalam polibeg asalnya.

    ReplyDelete
  5. Asalammualaikum pokok tin sy dah berbuah blh tak masuk baja dan bagai mana cara pembajaa pokok tin

    ReplyDelete
  6. Booleh tak benih pokok buah tin di tanam dalam tanah (Bukan dalam pasu/polybag etc)

    ReplyDelete
  7. Sesuatu jenis pokok,tak perlu "ikut buku" sepenuhnya.Kerana akan mengakibat kos jg lebihan kerja.Blh saja gunakan kaedah tradisional,walaupun diusahakan secara komersial.Dptkan pandangan dari petani veteran.Mereka sbnrnya lbh pakar dari prngarang buku pertanian.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.kalau pemindahan pokok tin dari polybeg ke pasu akar nya putus..Pokok tin tersebut masih boleh digunakan atau terus mati dan tidak boleh dipulihkan akar nya?

    ReplyDelete

 
Top