NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN | Tanaman Pokok Buah Tin

Tanaman Pokok buah tin malaysia

Tanaman Pokok buah tin malaysia
 

M.NRZ M.NRZ Author
Title: NUTRIEN DAN KEPENTINGANNYA KEPADA TANAMAN
Author: M.NRZ
Rating 5 of 5 Des:
Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Nutrien ta...


Tanaman memerlukan sumber makanan (nutrien) untuk mereka tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berkualiti. Nutrien tanaman terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu;

• Makronutrien
• Mikronutrien

MAKRONUTRIEN

Ia merupakan unsur yang amat diperlukan oleh tanaman di dalam kuantiti yang banyak. Terbahagi kepada 2 unsur iaitu unsur utama dan unsur sekunder.

Elemen makronutrien yang tergolong di dalam unsur utama ialah Karbon (C), Hidrogen (H) , Oksigen (O) ,Nitrogen (N) , Fosforus(P) dan Kalium(K).

Unsur-unsur karbon, hidrogen dan oksigen amat mudah diperolehi oleh tanaman melalui udara dan air. Unsur-unsur nitrogen, fosforus dan kalium adalah biasanya diberikan kepada tanaman melalui PEMBAJAAN. Setiap unsur ini mempunyai peranan tersendiri di dalam memberi sokongan terhadap kitar hidup sesuatu tanaman.

NITROGEN (N)

Kepentingan
• Memberikan warna 'hijau' kepada tumbuhan melalui pembentukan klorofil.
• Membantu dalam pembentukan asid amino(protein) dan enzim-enzim di dalam sel-sel tumbuhan
• Pertumbuhan tanaman
Kesan kekurangan
• Daun akan menjadi kuning
• Daun di bawah akan gugur
• Pertumbuhan pokok menjadi lambat


FOSFORUS (P)

Kepentingan
• Merangsang pertumbuhan akar
• Merangsang pengeluaran bunga
• Membantu di dalam menguatkan sistem pertahanan pokok

Kesan kekurangan
Pertumbuhan terbantut
• Warna daun menjadi hijau tua
• Akar pokok terbantut dan menjadi kecil
• Buah menjadi lambat untuk matang dan masak

KALIUM (K)

Kepentingan
• Untuk pembungaan dan pembuahan
• Sistem pertahanan tanaman
• Membantu di dalam proses kimia dalaman pokok seperti proses pengeluaran karbohidrat, gula, protein dan enzim enzim yang diperlukan oleh pokok untuk hidup dengan subur.
• Mengatur kadar penggunaan air oleh pokok

Kesan kekurangan
• Proses sintesis protein terjejas
• Daun menguning dan tisu di hujung dan di tepi daun layu dan mati
• Pertumbuhan terbantut
KALSIUM (Ca)

Kepentingan
• Amat diperlukan untuk pertumbuhan meristem hujung pucuk dan akar
• Penting di dalam pembentukan dinding sel tumbuhan
• Perlu di dalam proses fotosintesis
• Aktifkan enzim di dalam metabolisma karbohidrat untuk menghasilkan protein dan asid amino
• Berperanan di dalam pembahagian sel dan pertumbuhan tanman dengan membantu di dalam penyerakan gula di antara komponen komponen tanaman.
• Membantu di dalam proses mematangkan stem
• Meningkatkan daya tahan terhadap penyakit
• Mengatur di dalam penutupan dan pembukaan liang stomata
• Memperbaiki tekstur buah.

Kesan kekurangan
• Pertumbuhan terbantut
• Bentuk daun muda tidak sekata dan tidak subur
MAGNESIUM (Mg)

Kepentingan
• Penting di dalam pembentukan klorofil
• Komponen penting di dalam protoplasma tanaman
Kesan kekurangan
• Klorosis berlaku iaitu daun-daun menguning
• Sebahagian daun atau keseluruhan daun mati

SULFUR (S)
Kepentingan
• Membantu di dalam pembahagian sel
• Mempercepatkan perkembangan buah
• Komponen penting di dalam protoplasma
Kesan kekurangan
• Daun muda menguning
• Pertumbuhan lambat
MIKRONUTRIEN

MANGAN (Mn)
Kepentingan
• Mengaktifkan sesetengah enzim di dalam tanaman
Kesan kekurangan
• Klorosis
• Daun bertompok tompok kuning

BORON (B)
Kepentingan
• Diperlukan di dalam penguraian karbohidrat
Kesan kekurangan
• Pembentukan bunga terhalang
• Pertumbuhan pucuk dan akar terbantut

ZINK (Z)
Kepentingan
• Mengaktifkan sesetengah enzim
• Menghalang buah daripada gugur pra matang
• Merangsang pengeluaran akar
Kesan kekurangan
• Pertumbuhan terbantut

KUPRUM (Cu)
Kepentingan
• Komponen di dalam struktur enzim tanaman
• Memangkin tindak balas pengoksidaan
Kesan kekurangan
• Pertumbuhan tidak normal

MOLIBDENUM (Mo)
Kepentingan
• Komponen enzim yang terlibat dalam metabolisme nitrogen
Kesan kekurangan
• Pertumbuhan terbantut

BESI (Fe)
Kepentingan
• Penting di dalam sintesis klorofil
• Sebagai pemangkin di dalam tindak balas kimia tanaman
Kesan Kekurangan
• Klorosis wujud pada kawasan urat daun


KESIMPULAN
PEMBAJAAN adalah satu perkara penting kepada tanaman anda

About Author

Advertisement

Post a Comment

 
Top